Selasa, 10 November 2015

Satu Juta Menderita Psoriasis (di Malaysia)

Psoriasis di bahagian kepala
Artikel ini tidak mewakili kami secara keseluruhan di Herba An-Nabaat. Sebagai seorang yang beriman kita mestilah yakin bahawa setiap penyakit pasti ada penawarnya. Sembuhnya pesakit-pesakit psoriasis kita di sini secara tidak langsung menafikan bahawa tiada ubat untuk penyakit ini. Alhamdulillah setakat ini dari semua pesakit Psoriasis yang datang sejak tahun 2012, 75% daripadanya telah berjaya sembuh.
Psoriasis merupakan salah satu penyakit kulit tertua dan sering disalah anggap. Menurut data terkini, dianggarkan tiga hingga lima peratus daripada penduduk dunia menghidapi psoriasis. Ini juga bermakna terdapat hampir satu juta rakyat Malaysia yang menderita penyakit ini.

Sering dianggap sebagai penyakit yang tidak boleh diubati, psoriasis merupakan penyakit sistem imuniti badan menyerang yang diri sendiri atau dikenali sebagai autoimun yang berulang tetapi tidak berjangkit. Ia